Clock Magic Wand Quran Compass Menu
Image Dr. Abu Fayadh Muhammad Faisal, M.Pd

Tarikhul Islam: Sejarah Masjid Dhiror

Sejarah | Thursday, 29 Jul 2021, 12:27 WIB
Kajian tentang Masjid Dhiror

TARIKHUL ISLAM : SEJARAH MASJID DHIROR

BAB I

PENDAHULUAN

Mesjid secara bahasa adalah tempat sujud. adapun secara syar’i mesjid adalah tempat yang dipersiapkan untuk shalat lima waktu secara berjama’ah oleh umat muslimin. Akan tetapi terkadang mesjid mempunyai arti yang lebih luas dari itu. Karenanya tempat yang dijadikan oleh seseorang di rumahnya untuk melaksanakan shalat sunnah atau shalat wajib karena dia tidak mampu untuk shalat di mesjid yang orang-orang mendirikan shalat berjama’ah di dalamnya dinamakan mesjid pula. Tikar yang sering digunakan untuk shalat juga dinamakan sajadah (tempat sujud)

Rasululloh Shallallohu' Alaihi wa Sallam bersabda: “aku diberi lima hal yang tidak diberikan kepada orang sebelumku: aku dimenangkan dengan perasaan takut dengan musuhku dengan jarak sebulan perjalanan, bumi dijadikan bagiku sebagai mesjid dan suci, siapapun dari umatku yang menjumpai waktu shalat maka shalatlah.....”. (HR Bukhri:32).

Khusus di Aceh, Meunasah selain digunakan sebagai tempat musyawarah tingkat Gampong, penyelesaian sengketa, pusat pendidikan dan pengembangan agama, tempat tidur bagi warga yang tidak mempunyai tempat dan bahkan berfungsi untuk menampung para tamu dan pelancong yang kebetulan kemalaman di jalan, juga digunakan sebagai tempat shalat jika keberadaan mesjid jauh, karena mesjid memang dibangun disetiap tingkat Kemukiman yang lebih sering dibangun di tengah-tengah kumpulan Gampong dan terjangkau oleh semua Gampong.

*Fungsi Mesjid/Musholah*

Fungsi utama mesjid di masa Rasullulloh Shalallohu 'Alaihi Wa Sallam adalah tempat mendirikan shalat berjama’ah lima waktu. Banyak sekali dalil tentang wajibnya bagi laki-laki untuk menegakkan shalat berjama’ah di mesjid, InsyaAllah akan dibahas di kesempatan yang lain. Inilah dasar Rasululloh shallallohu 'alaihi wa Sallam mendirikan mesjid pertama yaitu mesjid Quba yang disebut dalam Al-Qur’an sebagai mesjid taqwa. Selain sebagai tempat shalat berjama’ah mesjid juga dipakai sebagai pusat dakwah, basis jihad dan peperangan, tempat melatih dan membina kemiliteran, tempat majelis ilmu, tempat berkumpul para muslimin untuk membahas segala hal. Bahkan setiap bepergian dan kedatangan mesjid bagaikan bandara selalu digunakan sebagai titik awal keberangkatan dan kepulangan

BAB II

PEMBAHASAN

Ayat Al-Quran Tentang Masjid Dhirar

“Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Alloh dan RasulNya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: “Kami tidak menghendaki selain kebaikan.” Dan Alloh menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya) *107* Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu sholat di dalamnya. Di dalamnya masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Alloh menyukai orang-orang yang bersih. *108* Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar taqwa kepada Alloh dan keredhaanNya itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan Alloh tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim. *109* Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati mereka itu telah hancur. Dan Alloh Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

*110* (Surah At-Taubah: 107, 108, 109, dan 110)

Asbabun Nuzul

Imam Jalaluddin As-Sayuti (w. 911 H)[1] meriwayatkan beberapa asbabun nuzul berkenaan ayat-ayat di atas dalam karya beliau yang bertajuk Lubaabun Nuqul Fi Asbabin Nuzul.

Pertama: Dalam satu riwayat ada dikemukakan bahawa Abu Amir Ar-Rahib berkata kepada sebahagian kaum Ansar yang sedang mendirikan masjid (Masjid Dirar): “Teruskan kerjamu mendirikan masjid dan siapkan kekuatan dan senjata perangmu semampu tenagamu. Aku akan berangkat ke Kaisar dan kembali membawa tentera-tentera Kaisar untuk mengusir Muhammad dan sahabat-sahabatnya”. Ketika masjid itu siap didirikan, mereka datang menghadap Rasulalloh shallallohu 'alaihi wa sallam dan berkata: “Kami telah selesai mendirikan masjid kami dan kami sangat mengharapkan agar tuan solat di masjid kami”.

Maka turunlah ayat 108, Surah At-Taubah, melarang Rasulalloh Shallallohu 'Alaihi wa Sallam daripada solat di masjid itu. (Diriwayatkan oleh Ibn Marduwaih daripada Ali bin Abi Talhah daripada Ibn Abbas)

Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa kaum munafik mendirikan masjid untuk menandingi Masjid Quba’ dengan harapan Abu Amir Ar-Rahib akan menjadi imam mereka di masjid itu apabila dia berkunjung ke sana. Setelah masjid itu selesai didirikan, mereka datang menghadap Rasulalloh Shallallohu 'Alaihi wa Sallam dan berkata: “Kami telah selesai mendirikan masjid kami dan kami sangat mengharapkan agar tuan sholat di masjid kami”.

Maka turunlah ayat 108, Surah At-Taubah, melarang Rasulalloh Shallallohu 'Alaihi wa Sallam daripada solat di masjid itu. (Diriwayatkan oleh Al-Wahidi daripada Saad bin Abi Waqas)

Imam Ibnu Kathir (w.774 H) menceritakan:

iklan

“Dikisahkan bahawa sebab turunnya ayat-ayat ini ialah seorang Nasrani di Madinah bernama Abu Amir Ar-Rahib daripada suku Khazraj. Dia mempunyai kedudukan erpandang dan terhormat serta disegani di kalangan kaumnya. Abu Amir Ar-Rahib merasa iri hati kepada Rasululloh Shallallohu' Alaihi wa Sallam tatkala baginda Shallallohu 'Alaihi wa Sallam tiba di Madinah dan agama Islam tersebar luas, ramai pula penganut dan pula Rasululloh Shallallohu' Alaihi wa Sallam menang dalam perang Badar. Masyarakat Madinah berpaling daripadanya kepada Rasulalloh Shallallohu 'Alaihi wa Sallam Dia kemudiannya, melarikan diri dan bersekutu dengan orang-orang Musyrikin Quraisy di Mekkah untuk memerangi Rasululloh Shallallohu' Alaihi wa Sallam Dan terjadilah perang Uhud di mana Abu Amir Ar-Rahib bertambah iri hati sekali lagi kerana gagal membunuh Rasululloh Shallallohu' Alaihi wa Sallam.

Abu Amir Ar-Rahib melarikan diri ke Rom dan meminta bantuan Hercules untuk menghadapi Rasulalloh shalallohu 'alaihi wa sallam dan sahabat-sahabat baginda Shalallohu 'Alaihi wa Sallam Dia menulis surat kepada beberapa orang munafik di Madinah memberitahu bahawa dia telah mendapat bantuan Hercules untuk memerangi Rasulalloh shalallohu 'alaihi wa sallam dan dia meminta disediakan baginya tempat untuk menjadi markas melaksanakan rancangan jahat mereka. Maka didirikankan sebuah masjid. Setelah masjid itu selesai didirikan, mereka datang menghadap Rasululloh Shallallohu' Alaihi wa Sallam dan berkata: “Kami telah selesai mendirikan masjid kami dan kami sangat mengharapkan agar tuan solat di masjid kami”.

Rasululloh Shallallohu 'Alaihi wa Sallam yang bergegas untuk peperangan Tabuk menolak permintaan mereka dengan bersabda:

ان على سفر ولكن اذا رجعنا ان شاء الله

“Sesungguhnya kami sekarang dalam keadaan musafir dan insya Alloh sekembali, kami akan penuhi pemintaan Anda”.

Selepas peperangan Tabuk dan baginda berhenti di Dhu Awan, turunlah malaikat Jibril membawa wahyu Alloh:

“Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Alloh dan RasulNya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: “Kami tidak menghendaki selain kebaikan.” Dan Alloh menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya) *107* Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya. Di dalamnya masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Alloh menyukai orang-orang yang bersih. *108*

Lalu Rasululloh Shallallohu' Alaihi wa Sallam menyuruh beberapa orang sahabat iaitu Malik bin Ad-Dakhsyim, Maan bin Adi atau saudaranya ‘Asim bin Adi dengan kata Baginda Shallallohu 'Alaihi wa Sallam;

انطلقوا الى هذا المسجد الظالم أهله فاهدموه و أحرقوه

“Berangkatlah kamu kepada masjid ini yang zalim ahlinya dan hancurkannya dan bakar olehmu akannya”.

Lalu mereka melakukan suruhan nabi tersebut sehinggakan masjid itu rata.

“Ibn Ishak (w. 150 H) telah menyebut tentang pembinaan masjid yang dibina oleh kaum yang zalim dan bagaimana Rasulalloh Shallallohu 'Alaihi wa Sallam memerintahkan supaya masjid ini dirobohkan sekembalinya baginda shalallohu 'alaihi wa sallam dari Tabuk, iaitu sebelum masuk ke Madinah. Segolongan orang munafik telah membina sebuah masjid yang menyerupai reka bentuk masjid Quba’. Mereka berbuat demikian supaya Rasululloh shalallohu 'alaihi wa sallam bersembahyang/sholat di dalamnya. Ini akan menyenangkan mereka melakukan kejahatan, kekufuran, dan keingkaran di dalamnya sesuka hati mereka. Akan tetapi, Alloh subhanahu wa ta'ala memelihara rasulNya daripada bersembahyang di dalam masjid itu. Permintaan mereka ini diajukan sebelum pemergian Rasululloh shalallohu 'alaihi wa sallam ke Tabuk. Setelah Rasululloh shallallohu 'alaihi wa sallam kembali dari Tabuk, baginda Shallallohu 'Alaihi wa Sallam berhenti di Dhu Awan (sebuah tempat yang terletak sejauh satu jam perjalanan dari Madinah). Ketika itu, turun wahyu kepada Rasulalloh shalallohu 'alaihi wa sallam menerangkan masjid itu.

Masjid tersebut dinamakan Al-Dhirar kerana orang munafik mahu menggugat keutuhan dan pengaruh masjid Quba’, mengkufurkan Alloh dan tidak mahu beriman denganNya, memecah belahkan jamaah dari masjid Quba’ dan menjadi tempat intipan bagi orang yang telah memerangi Alloh dan rasulNya sebelum ini”.

*Tafsir Ayat*

“Berkata Imam Abu Ja’far (Tafsir At-Thabari, XIV/469) bahwa makna ‘dhiraran’ (keburukan) ertinya keburukan terhadap jamaah kaum mukminin, cenderung kepada kekufuran kerana memusuhi Rasululloh Shallallohu 'Alaihi wa Sallam, serta memecah-belah shaf jamaah kaum beriman agar mereka ini salat di masjid mereka dan juga di masjid Nabi Shallallohu 'Alaihi wa Sallam, sehingga shaf kaum muslimin menjadi berselisih lalu berpecah-belah, maka itu menguntungkan pimpinan mereka iaitu Abu Amir Ar-Rahib yang memusuhi Rasulalloh Shallallohu 'Alaihi wa Sallam dan ingin menghancurkannya, lalu setelah itu mereka masih berani bersumpah: Bahwa tujuan kami melakukan ini (membina masjid) hanyalah untuk kebaikan semata!. Tetapi Alloh menjadi saksi bahawa mereka hanya berdusta belaka”.

Berkata Imam Ibnu Kathir menambahkan: “ Menurut Ibn Ishak, orang yang membina masjid Dirar seramai 12 oran, yaitu:

1. Khidzam ibnu Khalid (masjid Dirar dibina bersebelahan dengan rumahnya)

2. Tsa’labah Ibn Hathib

3. Ma’tab ibn Qusyair

4. Abu Habibah ibn Adz’ar

5. Ubbad ibn Hanif (ia adalah masih saudara kandung dari Sahl Ibnu Hunaif sahabat Rasulallah s.a.w.)

6. Jariyyah ibn ‘Amir

7. Mujma’ dan Zaid (kedua-duanya anak Jariyyah)

8. Nabtal ibn Harith

9. Bakhraj

10. Bajad ibn Uthman

11. Wadi’ah Ibnu Tsabit

Antara tujuan orang-orang munafik membina masjid itu adalah sebagai tempat berkumpul dan merancang strategi untuk memerangi Alloh dan rasulNya. Alloh subhanahu wa ta'ala menerangkan perbuatan mereka:

“ serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sejak dahulu.”

Kemudian Allah subhanahu wa ta'ala berfirman lagi;

“.Dan mereka sesungguhnya bersumpah (dengan berkata): ”

Maksud ayat di atas, orang munafik yang membina masjid Dirar. Alloh berfirman;

“ Kami tidak menghendaki selain kebaikan.”

Maksud ayat tersebut ialah, orang munafikin mahu membina masjid Dirar kononnya untuk tujuan yang baik. Alloh berfirman :

“Dan Alloh menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya) ” Kemudian Alloh berfirman kepada rasulNya;

“Janganlah kamu bersembahyang/Sholat dalam masjid itu selama-lamanya”.

Alloh subhanahu wa ta'ala melarang Rasululloh Shallallohu 'Alaihi wa Sallam mendirikan sembahyang/sholat di dalam masjid tersebut. Alloh subhanahu wa ta'ala memerintahkan baginda Shallallohu 'Alaihi wa Sallam agar mendirikan sholat di Madinah yang diasaskannya berdasarkan takwa yaitu masjid Quba’ semenjak awal wujudnya lagi. Terdapat hadith-hadith baginda Shallallohu 'Alaihi wa Sallam yang menerangkan keutamaan masjid Quba’. Antaranya ialah hadith shahih yang berbunyi :

صلاة في مسجد قباء كعمرة

Kata Imam Ibnu Kathir: “Masjid Rasululloh Shallallohu 'Alaihi wa Sallam lebih utama daripada masjid Quba".

“Al-Sayuti mencatat di dalam Al-Durr Al-Manthur beberapa riwayat yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad Shallallohu 'Alaihi wa Sallam bertanya penduduk Quba’ tentang sebab pujian Alloh kepada mereka dalam ayat ini (ayat 108: Surah At-Taubah). Mereka menjawab bahawa mereka beristinjak dengan air dan setengahnya pula beristinjak dengan batu diikuti dengan air. Beliau menyebut bahawa Ibn Majah, Ibn Al-Mundhir, Ibn Abi Hatim, Al-Darqutni, Al-Hakim dan perawi-perawi lain yang meriwayatkan daripada Talhah bin Nafi’ berkata: Abu Ayyub, Jabir bin Abdillah dan Anas bin Malik telah menyatakan kepadaku bahawa, setelah diturunkan ayat: فيه رجال يحبون أن يتطهروا Rasululloh Shallallohu 'Alaihi wa Sallam bersabda: Wahai golongan Ansar sesungguhnya Alloh subhanahu wa ta'ala telah memuji keelokan kamu dalam bersuci. Apakah jenis bersuci kamu ini? Mereka menjawab: Kami mengambil wuduk untuk mengerjakan sembahyang dan mandi junub. Nabi shallallohu 'alaihi wa sallam bertanya lagi: Adakah lagi perbuatan lain selain daripada itu? Mereka menjawab: Dalam kalangan kami apabila membuang air besar, dia lebih suka beristinjak dengan air. Nabi shallallohu 'alaihi wa sallam bersabda: Itulah yang menyebabkan kamu dipuji.

Fathi Yakan (Pendiri al-Jama’ah Islamiyah di Lebanon) membawa perkataan Syaikh Khudari dalam kitabnya yang bertajuk Nurul Yaqin :

“Ikut serta menolong golongan Munafiq meneruskan cita-cita mereka membina masjid Dirar ini ialah segelintir orang-orang Arab Madinah yang keliru dan tidak menerima dakwah Muhammad shalallohu 'alaihi wa sallam Mereka menyembunyikan kekafiran kerana takut nyawa mereka tergugat. Pemimpin kumpulan ini bernama ‘Abdullah bin Ubai bin Salul Al Khazraji. Sebelum Rasululloh Shallallohu' Alaihi wa Sallam berhijrah ke Madinah beliau pernah dicalonkan untuk menjadi ketua penduduk Madinah Sesungguhnya tidak diragukan lagi tentang bencana Munafik terhadap orang Islam lebih besar daripada bencana yang mungkin diakibatkan oleh orang-orang kafir. Orang-orang Munafik hidup bersama orang-orang Islam, mengetahui rahsia mereka dan membocorkan rahsia mereka kepada musuh sama ada golongan Yahudi atau golongan yang lain sepertimana yang kerap berlaku. Meskipun prinsip-prinsip yang dipegang oleh Rasululloh Shallallohu' Alaihi wa Sallam terhadap mereka ialah menerima apa yang nyata dan meninggalkan segala yang tersirat dalam hati kepada ketentuan Allah subhanahu wa ta'ala tetapi Rasululloh Shallallohu' Alaihi wa Sallam tidak pula mengamanahkan kepada mereka melakukan sesuatu apa pun. Contohnya Rasululloh Shallallohu' Alaihi wa Sallam sering meninggalkan Madinah dan sering pula mewakilkan kekuasaannya kepada beberapa orang Ansar. Rasululloh Shallallohu' Alaihi wa Sallam tidak pernah mengangkat mana-mana orang yang diketahuinya mempunyai ciri-ciri kemunafiqan, kerana Rasululloh Shalallohu’ alaihi Wa Sallam mengetahui akibat yang mungkin berlaku jika sekiranya mereka diangkat menggantikan beliau semasa beliau tidak ada. Mereka pasti akan mengambil kesempatan tersebut untuk merosakkan orang-orang Islam. Ini satu pelajaran penting mesti difahami oleh ketua dan pemimpin Islam. Rasululloh Shallallohu' Alaihi wa Sallam mengajar mereka supaya dalam hal-hal yang penting tidak mempercayakan perlaksanaannya kepada orang-orang yang mempunyai ciri-ciri kemunafikan atau menonjolkan apa yang berlawanan dengan isi hatinya”.

Kemudian ALLOH Tabarokta wa Ta'ala berfirman lagi;

“Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar taqwa kepada Alloh dan keredhaanNya itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan Alloh tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim. *109* Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati mereka itu telah hancur. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. *110* (Surah At-Taubah: 109, dan 110)

Imam Ibnu Kathir berkata: “Tidaklah sama orang yang mendirikan bangunannya (masjid) atas dasar takwa kepada Alloh subhanahu wa ta'ala dan keredhaanNya dengan orang-orang yang mendirikan masjid atas dasar kekafiran dan dengan tujuan memecah persatuan dan membawa kemudharatan serta untuk tempat persediaan memerangi Alloh subhanahu wa ta'ala dan rasulNya. Mereka itu yang disebut sebagai mendirikan bangunannya di atas tepi jurang yang runtuh yang akan membawa bersama mereka ke dalam api neraka Jahannam. Dan Alloh Tabarokta wa Ta'ala tidak akan memberi petunjuk bagi orang-orang yang zalim”.

BAB III

KESIMPULAN

dhiror adalah masjid yang sengaja dibangun oleh kaum munafik yang membenci dakwah Rosululloh shollallohu 'alaihi wa sallam. Ide ini dipelopori oleh kaum munafik yaitu wadi'ah bin amir, masjid ini dibangun dengan tujuan melakukan makar terhadap Rosululloh shollallohu'alaihi wa sallam dan memecahbelah kekuatan tentara islam, namun upaya ini berhasil digagalkan dengan diturunkannya wahyu Alloh Tabarokta wa Ta'ala Surah At-Taubah: 107, 108, 109, dan 110, dengan diturunkannya ayat ini kemudian Rosululloh Shallallohu' Alaihi wa Sallam mengutus dua orang tentara untuk menghancurkan masjid tersebut.

Semoga bermanfaat, Barokallohu fiikum,

was shalatu was salamu 'ala Rasulillah Shallallohu 'Alaihi wa Sallam,

walhamdulillah hirobbil alamin.

Hasbunalloh Wani'mal Wakil Ni'mal Maula Wani'man Nasir

DiSusun oleh:

*Al Ustadz Abu Fayadh Muhammad Faisal Al Jawy al-Bantani, S.Pd, M.MPd, M.Pd, I* -Hafidzhahulloh Ta'ala-

(Aktivis Anti Pemurtadan dan Aliran Sesat, Praktisi dan Pengamat PAUDNI/Pendidikan Anak Usia Dini Non Formal dan Informal, Aktivis Pendidikan dan Kemanusiaan, Domisili Saat ini di Bekasi Kota dan Kabupaten Bekasi/Babelan City, Jawa Barat)

Diedit Oleh:

Al Ustadz Turmudzi Al-Batangi, S.Pd.I, M.Pd Al-Hafizh

(Ketua Divisi Tarbiyah dan Dakwah – Jundullah ANNAS/Aliansi Nasional Anti Syiah Pusat, Da’i Muda Kota Kembang Bandung, Penulis tentang Poligami VS Prostitusi di Kiblatmuslimah.com)

*Jika Bermanfaat Share info ini seluas-luasnya, Syukron*

Disclaimer

Retizen adalah Blog Republika Netizen untuk menyampaikan gagasan, informasi, dan pemikiran terkait berbagai hal. Semua pengisi Blog Retizen atau Retizener bertanggung jawab penuh atas isi, foto, gambar, video, dan grafik yang dibuat dan dipublished di Blog Retizen. Retizener dalam menulis konten harus memenuhi kaidah dan hukum yang berlaku (UU Pers, UU ITE, dan KUHP). Konten yang ditulis juga harus memenuhi prinsip Jurnalistik meliputi faktual, valid, verifikasi, cek dan ricek serta kredibel.

Berita Terkait

 

Tulisan Terpilih


Copyright © 2022 Retizen.id All Right Reserved

× Image